Cadangan Johor ubah waktu bekerja mungkin dibincang bulan depan - Fahmi

Fahmi bercakap pada sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi pada Jumaat.
Fahmi bercakap pada sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan mungkin membincangkan cadangan Johor untuk mengubah waktu bekerja sektor awam kepada hanya empat hari setengah seminggu di negeri itu pada Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura, bulan depan.

Bagaimanapun Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu ini.

"Tidak dibincangkan dan mungkin serba sedikit akan diteliti, terutama dalam konteks Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura pada 8 dan 9 Disember ini," katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini pada Jumaat.

Johor dilapor sedang giat melakukan penambahbaikan bagi mempertingkatkan produktiviti dan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatannya.

Ia berikutan negeri itu mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam kepada hanya empat hari setengah selepas pelaksanaan cuti hujung minggu diubah semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!