Waran tangkap Netanyahu: Bukti kesepakatan masyarakat dunia henti kekejaman Israel

ABIM menghargai kesediaan pelbagai negara untuk melaksanakan keputusan ini yang merupakan satu isyarat jelas menghentikan kekejaman Israel. (Ahmad Fahmi)
ABIM menghargai kesediaan pelbagai negara untuk melaksanakan keputusan ini yang merupakan satu isyarat jelas menghentikan kekejaman Israel. (Ahmad Fahmi)
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant adalah isyarat jelas kesepakatan masyarakat dunia terhadap keperluan tindakan tegas menghentikan kekejaman Israel.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, keputusan itu mencerminkan fasa penting dalam usaha antarabangsa menuntut keadilan bagi kekejaman dilakukan terhadap umat Islam di Gaza.

“ABIM menghargai kesediaan pelbagai negara untuk melaksanakan keputusan ini yang merupakan satu isyarat jelas menghentikan kekejaman Israel.

“Sehubungan itu, seluruh rakyat perlu sama-sama bersatu hati mendukung sepenuhnya usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengangkat suara rakyat Malaysia untuk sama-sama mengukuhkan perjuangan kemanusiaan sejagat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza.

Pendakwa Rayanya, Karim Khan berkata, waran tersebut dikeluarkan atas dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan dan perang yang dilakukan dari sekurang-kurangnya 8 Oktober 2023 hingga 20 Mei 2024.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!