Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari

Ringgit meneruskan momentum positif baru-baru ini untuk diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS semasa awal dagangan pada Jumaat. Gambar hiasan
Ringgit meneruskan momentum positif baru-baru ini untuk diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS semasa awal dagangan pada Jumaat. Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.

Pada jam 6 petang, ringgit susut nilai kepada 4.4660/4710 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada paras 4.4610/4650, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit secara amnya susut hari ini berbanding pengukuhan ketara dolar AS dengan Indeks Dolar AS (DXY) melepasi 107 mata.

"Kebimbangan mengenai geopolitik, dasar-dasar pentadbiran Donald Trump 2.0 dan unjuran pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS, terbukti lebih cenderung untuk mengekalkan kenaikan mata wang negara maju itu,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, ringgit kebanyakannya diniagakan mengukuh berbanding kelompok mata wang utama.

Ia naik berbanding pound Britain kepada 5.5870/5932 daripada 5.6342/6393 semalam dan mengukuh berbanding euro pada 4.6455/6507 daripada 4.6907/6949.

Ringgit bagaimanapun turun berbanding yen Jepun kepada 2.8906/8942 daripada 2.8892/8920, semalam.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah.

Artikel Berkaitan:

Walaupun meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3101/3141 daripada 3.3189/3222, ringgit rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9068/9276 daripada 12.8748/8923 semalam.

Ringgit juga menyusut berbanding peso Filipina pada 7.58/7.59 daripada 7.56/7.57 dan rendah berbanding rupiah Indonesia pada 281.2/281.7 daripada 279.9/280.4. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!