Bachok daerah pertama dilanda banjir di Kelantan

Kesemua pihak berkuasa yang bekerjasama memastikan keselamatan awam pada musim MTL.
Kesemua pihak berkuasa yang bekerjasama memastikan keselamatan awam pada musim MTL.
A
A
A

BACHOK - Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir pada Jumaat pada Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda negeri ini susulan hujan berterusan sejak Rabu.

Justeru, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor di daerah itu dibuka sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) pada jam 6 petang.

PPS di SMK Beris Panchor, Bachok dibuka pada Jumaat.
PPS di SMK Beris Panchor, Bachok dibuka pada Jumaat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Mohd Adzhar Mujab berkata, mangsa terlibat seramai 30 individu daripada 10 keluarga dari perumahan Lembah Budi, Tawang yang dipindahkan ke PPS.

Beliau berkata, operasi pemindahan mangsa terkawal bermula pada jam 4.30 petang melibatkan pelbagai agensi antaranya polis, bomba, tentera serta Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok.

“Penduduk terdiri dewasa, warga emas dan kanak-kanak ini ada yang berpindah sendiri dan terdapat juga dipindahkan oleh pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa masuk ke kawasan banjir bagi operasi pemantauan dan pemindahan mangsa.
Pihak berkuasa masuk ke kawasan banjir bagi operasi pemantauan dan pemindahan mangsa.

“Paras air meningkat sehingga 0.3 meter kerana keadaan hujan berterusan sejak Rabu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my menunjukkan tiga sungai melepasi paras amaran setakat jam 6 petang iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Melor di Jambatan Melor, Bachok dan Sungai Semerak di Pasir Puteh.

Berdasarkan laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, setakat jam 7 malam, Sungai Semerak di Pasir Puteh mencatatkan paras amaran dengan bacaan 2.6 meter.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!