Mampukah Jangan Pandang Belakang 2 ulangi fenomena 17 tahun lalu?

Hafidzuddin Fazil yang sebelum ini membawakan watak Pak Imam dalam JPB kembali bersama anaknya, Hafiz yang dijayakan pelakon Aliff Hadi.
Hafidzuddin Fazil yang sebelum ini membawakan watak Pak Imam dalam JPB kembali bersama anaknya, Hafiz yang dijayakan pelakon Aliff Hadi.
A
A
A

SELEPAS 17 tahun, MIG membawakan sekuel filem Jangan Pandang Belakang (JPB) iaitu Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu (JPB2).

Ketika filem pertama, Pierre Andre telah bertindak selaku penulis skrip dan pelakon utamanya, tetapi untuk kesinambungan kali ini, Pierre hanya bertindak selaku pengarah dan bertindak mengolah hampir 80 peratus skrip asal.

Naskhah kali ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Alif Hadi, Khatijah Tan, Mawar Rashid, dan Ruminah Sidek.

Lakonan Emma tidak mengecewakan.
Lakonan Emma tidak mengecewakan.

Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu mengisahkan keluarga Mak Lang, yang memiliki saka keluarga. Kematian Opah menyebabkan saka tersebut kehilangan tuan dan mula mengikuti Mak Lang yang sudah tua.

Lynn pula menjadi sasaran selepas mengalami pelbagai gangguan dan perlu menghadapi banyak kejadian misteri yang mengganggu kehidupan sehariannya.

Pertemuan semula dengan Hafiz dan Dr. Azim telah membuatkan hidup Lynn bertambah kucar-kacir. Dapatkah Lynn merungkai gangguan yang dialami dan bagaimana pula dengan saka keluarganya?

Artikel Berkaitan:

Jika diimbau kembali dalam filem pertama, penghujung cerita berakhir bagaimana saka keluarga itu dialihkan ke sebiji jagung rebus yang pastinya tidak akan tumbuh menjadi pokok dan Dharma yang dipimpin ke dalam rumah.

Permulaan filem kedua ini menceritakan kehilangan Dharma bagi merungkai sejarah keluarga dan kematian Opah sebelum satu persatu gangguan mula berlaku.

Tidak adil untuk penulis membandingkan sentuhan pengarah JPB dengan sentuhan Pierre kerana mereka tentu sekali adalah dua figura yang berbeza.

No Image Caption

Jika JPB disogok dengan 'jump scare' bertubi-tubi dan kemunculan makhluk hodoh, Pierre kali ini memberi peluang kepada penonton untuk membayangkan sendiri bagaimanapun rupa paras makhluk yang kita sering sebut sebagai hantu / saka atau jin iblis.

Namun masih memasukkan sedikit elemen makhluk ghaib yang mengganggu kehidupan Lynn dan Mak Lang menggunakan bantuan imej janaan komputer (CGI).

Berbalik kepada perjalanan filem ini, pada pandangan penulis pertukaran dari satu babak ke satu babak bergerak sedikit perlahan. Strategi Pierre adalah membiarkan penonton bermain dengan perasaan sendiri tetapi padangan penulis, bila menyaksikan filem seram, penonton lebih gemarkan pertukaran babak yang lebih cepat dan mencemaskan.

Cuma Pierre masih berjaya memberikan debaran itu sehingga kita ternanti-nantikan apa sebenarnya yang akan berlaku.

Lakonan Khatijah Tan kali ini sangat berbeza.
Lakonan Khatijah Tan kali ini sangat berbeza.

Ditambah pula dengan lakonan mantap setiap para pemain memberi markah tambahan kepada filem ini.

Bagi anda yang pernah menyaksikan JBP, tidak salah rasanya untuk menyaksikan kesinambungan JPB2, cuma sekiranya Pierre mempunyai lebih masa untuk memperbaiki skrip ini, penulis percaya hasilnya akan berlainan.

Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu

PENGARAH: Pierre Andre

PELAKON: Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan, Ruminah Sidek

GENRE: Seram

DURASI: 1Jam 44Minit

KLASIFIKASI: 13

TAYANGAN: 21 Nov 2024

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!