'Zaman edan' separuh gila, Anwar bidas kritikan kos lawatan

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kritikan terhadap kerajaan berhubung isu kos lawatan bersama delegasi dan syarikat swasta ke lima negara baru-baru ini.

Beliau berkata, segala prosedur dibuat secara bersih dan teratur, malah rombongan delegasi industri seperti Proton, Petronas, Sapura Energy, Top Glove, syarikat semikonduktor dan lain-lain juga membayar kos sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) berucap pada Sesi Townhall sempena Program Dua Tahun Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) berucap pada Sesi Townhall sempena Program Dua Tahun Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto Bernama

“Yang ikut (ke luar negara) rombongan syarikat swasta yang berpotensi untuk melabur atau mencari pelabur. Mereka bayar kos sendiri.

“Itu pun jadi salah? Jadi, di negara ini kalau kita layan sangat yang curi, sakau dan rompak itu dipuja-puja. Tetapi, kita cuba jalankan program cara bersih, dicerca.

“Ini dikatakan ‘zaman edan’ (separuh gila),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Town Hall program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberitahu, kerajaan menjimatkan hampir RM1 juta melibatkan kos penerbangan sewaan khas pesawat MAS jenis Airbus A350 membawa Anwar dan delegasi rasmi ke China, Mesir, Arab Saudi, Peru serta Brazil.

Artikel Berkaitan:

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu menambah, pihaknya hanya membelanjakan sebanyak RM1.66 juta bersamaan 27 peratus dari kos keseluruhan, manakala selebihnya dibayar oleh delegasi perniagaan kira-kira RM4.5 juta iaitu 73 peratus.

Kos penerbangan sewaan khas pula sebanyak RM6.162 juta.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!