Lepas gian dadah di ladang kelapa sawit, belukar

JSJN Selangor menahan 19 lelaki dalam serbuan Op Sarang di sekitar daerah Kuala Langat, Kajang dan Klang, baru-baru ini.
JSJN Selangor menahan 19 lelaki dalam serbuan Op Sarang di sekitar daerah Kuala Langat, Kajang dan Klang, baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Ladang kelapa sawit dan belukar yang dijadikan tempat melepas gian dadah di Kajang, Klang dan Kuala Langat terus diserbu polis.

Serbuan Op Sarang itu dijalankan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hasil maklumat dan risikan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan bermula 11 hingga 17 November lepas berjaya menangkap seramai 19 lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun termasuk tiga pengedar dan pembekal.

Katanya, polis telah merampas dadah jenis heroin dengan anggaran berat 11.44 gram, syabu (0.50 gram) serta 2,500 liter air ketum yang kesemuanya dianggar bernilai RM341.

Hussein
Hussein

"Modus operandi lokasi sarang penagihan di ladang kelapa sawit dan semak samun ini ialah penagih akan menunggu pembekal atau tokan datang menaiki motosikal untuk menjual dadah.

"Lokasi ini juga pernah diserbu pihak polis sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati kesemua tangkapan positif dadah.

Artikel Berkaitan:

Tambah Hussein, kesemua tangkapan disiasat bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2), Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama selain Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Kawasan semak antara lokasi yang diserbu JSJN Selangor menerusi Op Sarang, baru-baru ini.
Kawasan semak antara lokasi yang diserbu JSJN Selangor menerusi Op Sarang, baru-baru ini.

Tegasnya, Op Sarang merupakan salah satu inisiatif dalam membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai sarang pengedar dan sarang penagih dadah di sekitar Selangor.

Pada 17 Oktober lalu, Hussein dilaporkan berkata, bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, JSJN Selangor telah menahan 18,878 penagih dan pengedar dadah.

Daripada jumlah itu, 636 adalah pengedar dan disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!