Nakane ungguli Peringkat 6

Dari kiri: Pemenang yang mengekalkan Jersi Merah dari Team Sapura Cycling, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff; pengekal Jersi Kuning, pelumba Itali dari Team Sapura Cycling, Danilo Celano; pemenang Jersi Hijau, pelumba Jerman, Maximilian Richard Walscheid dari NTT Pro Cycling dan pemenang yang mengekalkan Jersi Putih, pelumba Kazakhstan dari Vino-Astana Motors, Yevgeniy Fedorov.

A
A
A

HIDETO Nakane daripada pasukan Nippo Delko Provence mengungguli perlumbaan Peringkat 6 Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 sejauh 150.9km dari Taiping ke Pulau Pinang hari ini.

Pelumba kelahiran Jepun itu Nakane muncul juara setelah menewaskan pelumba Vino-Astana Motors, Gleb Brussenskiy dengan catatan masa tiga jam 29 minit 15 saat dalam aksi satu dua ke garisan penamat.

Samuele Battistella pelumba dari NTT Pro Cycling Team pula melengkapkan kedudukan podium dengan ketinggalan empat saat di belakang Nakane dan Brussenskiy.

Nakane (kanan) bersaing dengan Brussenskiy dalam aksi satu dua ke garisan penamat perlumbaan Peringkat 6 Petronas LTdL 2020 sejauh 150.9km dari Taiping ke Pulau Pinang hari ini.
Nakane (kanan) bersaing dengan Brussenskiy dalam aksi satu dua ke garisan penamat perlumbaan Peringkat 6 Petronas LTdL 2020 sejauh 150.9km dari Taiping ke Pulau Pinang hari ini.

Sementara pelumba negara dari pasukan Sapura Cycling Team, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff muncul pelumba tempatan terbaik apabila menamatkan saingan pada kedudukan ke-47.

Pelumba Team Sapura Cycling, Danilo Celano masih menyarung Jersi Kuning pendahulu keseluruhan dengan catatan terkumpul 21 jam 17 minit 33 saat, 26 saat di depan pelumba Vino Astana yang juga Pelumba Terbaik Asia, Yevgeniy Fedorov.

Pelumba NTT, Maximilian Richard Walscheid juga masih mengungguli carta pungutan mata Jersi Hijau Raja Pecut dengan 47 mata, 11 mata di depan pencabar terdekat Taj Jones (ARA Pro Racing Sunshine Coast) manakala Muhamad Nur Aiman masih teratas dalam pungutan mata Jersi Merah Raja Bukit (29 mata).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!