Vissel Kobe benam cabaran JDT

Safawi cuba dihalang oleh pemain Kobe,Gotoku Sakai dalam aksi pembukaan Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), di Stadium Misaki Park, Jepun sebentar tadi. - Foto FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
Safawi cuba dihalang oleh pemain Kobe,Gotoku Sakai dalam aksi pembukaan Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), di Stadium Misaki Park, Jepun sebentar tadi. - Foto FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
A
A
A

IMPIAN Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk cuba melakar kejutan ke atas kelab Jepun, Vissel Kobe tidak kesampaian apabila tumpas 1-5 dalam aksi pembukaan Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), di Stadium Misaki Park, Jepun sebentar tadi.

Kobe yang turun dengan status pasukan pilihan tidak menghadapi masalah untuk menguasai perlawanan dibantu kelicikan dan hantaran berkualiti bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Andres Iniesta yang sering kali mengelirukan benteng pertahanan JDT.

Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 selepas Keijiro Ogawa menyudahkan hantaran Iniesta, namun juara Liga Super itu bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi sepakan penalti bintang sensasi JDT Muhammad Safawi Rasid.

Gol Harimau Selatan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Kyogo Furuhashi kembali meletakkan Kobe di hadapan seminit kemudian sebelum Ogawa hadir dengan gol kedua peribadinya pada minit ke-58.

Kobe terus melebarkan kedudukan melalui penyerangnya Douglas dan Ogawa melengkapkan hatriknya pada minit ke-72 sekali gus memastikan tiga mata penuh buat kelab Jepun itu.

JDT dijadualkan bertemu kelab Korea Selatan, Suwon Bluewings dalam aksi ACL seterusnya di Stadium Sultan Ibrahim 3 Mac ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!