Penduduk kampung bina titian mudahkan pergerakan musim MTL

Anis Suraya bersama anak saudaranya, Muhd Adam Hakim, 4 menggunakan titi yang dibina ayahnya untuk keluar membeli barangan keperluan. Titi tersebut juga menjadi laluan untuk ibunya yang mengalami sakit lutut untuk ke klinik. Foto Bernama

A
A
A

PASIR MAS - Sebahagian penduduk di Kampung Terusan, Rantau Panjang di sini membina titian bagi menghubungkan kediaman masing-masing ke jalan utama sebagai persiapan awal menghadapi musim tengkujuh.

Penduduk kampung berkenaan, Ab Rahman Awang Senik, 68, berkata, pembinaan titian menjadi kelaziman masyarakat di kawasan itu kerana hampir setiap tahun perkampungan tersebut dilanda banjir berikutan kedudukan rumah lebih rendah dari jalan.

"Biasanya titian ini dibuat penduduk yang tinggal kira-kira lima hingga 10 meter dari jalan manakala penduduk yang tinggal lebih jauh bergantung sepenuhnya kepada perahu atau bot.

Sebahagian penduduk Kampung Terusan di sini membina titi bagi menghubungkan kediaman mereka ke jalan utama sebagai langkah persediaan awal menghadapi musim tengkujuh, menurut tinjauan yang dilakukan hari ini. Foto Bernama

"Saya bina titian ini bagi memudahkan isteri dan anak-anak keluar membeli barangan keperluan atau urusan lain tanpa perlu meredah banjir," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Ab Rahman jika paras air melebihi dua meter mereka perlu menggunakan perahu kerana titian dibina daripada kayu terpakai dan tong tangki air itu akan tenggelam atau dihanyutkan arus banjir.

Ab Rahman berkata, setiap tahun penduduk akan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana kawasan itu dilanda banjir hingga paras bumbung.

"Persiapan mengikut kemampuan masing-masing termasuk membina titian selain memindahkan kenderaan dan haiwan ternakan ke kawasan lebih tinggi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi penduduk, Anis Suraya Ab Rahman, 22, berkata, kemudahan titian dibina sepanjang kira-kira enam meter di hadapan rumah bagi memudahkan ibunya, Ramlah Muhammad, 68 yang mengalami sakit sendi dan lutut.

Beliau berkata penggunaan perahu kurang sesuai memandangkan keadaan ibunya yang mengalami kesukaran untuk bergerak. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!