Budak 12 tahun alami kemurungan dicabul suami pengasuh
KULAI – Polis memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah di sini tahun lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee, siasatan awal mendapati suspek berusia 50-an itu merupakan suami kepada pengasuh yang menjaganya.
“Kita menerima satu laporan polis pada jam 6.40 petang pada Rabu mengenai seorang kanak-kanak tempatan berusia 12 tahun telah dicabul.
"Bagaimanapun, kejadian tersebut hanya terbongkar dan baru dilaporkan kepada pihak polis pada jam 6.40 petang, Rabu lalu," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa hadir ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat mengalami kemurungan.
"Seterusnya, pertemuan dengan pegawai perubatan ketika itu, membuatkan mangsa memberitahu dirinya telah dicabul oleh suspek.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum bawah Seksyen 14 akta sama," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!