Israel lakukan serangan udara di Beirut
BEIRUT - Sekurang-kurangnya empat maut manakala 23 cedera dalam serangan udara Israel di ibu negara Lubnan, Beirut, pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua yang memetik saluran televisyen tempatan al-Jadeed.
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk, mengakibatkan bangunan lapan tingkat musnah serta merosakkan bangunan berhampiran, menurut al-Jadeed.
Pasukan pertahanan awam masih berusaha mengalihkan runtuhan bagi mencari mangsa, manakala ambulans bersedia untuk membawa mangsa ke hospital.
Media Israel melaporkan serangan itu menyasarkan seorang pegawai kanan Hizbullah.
Sejak 23 September, tentera Israel telah meningkatkan serangan udaranya ke atas Lubnan, yang mencetuskan peningkatan konflik dengan Hizbullah. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!