RUU Pekerja Gig perlu libatkan penggiat seni

Kerajaan perlu melibatkan penggiat industri seni tanah air selain sektor p-hailing dalam proses menggubal RUU Pekerja Gig agar ia mampu dilaksanakan secara teratur - Gambar hiasan, gambar kecil: Shuhaimi Lua
Kerajaan perlu melibatkan penggiat industri seni tanah air selain sektor p-hailing dalam proses menggubal RUU Pekerja Gig agar ia mampu dilaksanakan secara teratur - Gambar hiasan, gambar kecil: Shuhaimi Lua
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu melibatkan penggiat industri seni tanah air selain sektor p-hailing dalam proses menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig agar ia mampu dilaksanakan secara teratur kerana mekanisme setakat ini masih samar-samar dan belum dapat difahami sepenuhnya.

Penerbit dan pengarah, Shuhaimi Lua Abdullah berkata, ia kerana pihaknya tidak mahu RUU tersebut memfokuskan golongan tertentu sahaja, tetapi mengetepikan pandangan penggiat seni disebabkan gaya kerjanya agak berbeza berbanding pemain industri lain.

Justeru, pemilik rumah produksi Tanah Beris Sdn Bhd itu menyarankan agar kerajaan mengambil sedikit masa lagi untuk meneliti item-item yang perlu dimasukkan dalam RUU berkenaan.

“Saya sebagai pekerja gig sepenuh masa memang mengalu-alukan (gubal RUU Pekerja Gig) kerana kita memang nak ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), perubatan dan lain-lain demi kebaikan semua, khususnya pekerja seni.

“Jadi, perlu ada analisis menyeluruh bukan kepada pekerja sahaja, malah majikan juga. Tanya dan dapatkan input penambahbaikan daripada mereka,“ katanya kepada Sinar Ahad.

Shuhaimi berpandangan, jika mengambil kira aspek harga jualan atau pembelian daripada stesen televisyen, ia tidak berubah sejak 20 tahun lepas.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan syarikat produksi drama dan filem terpaksa menanggung kos berlebihan disebabkan permintaan tinggi, terutamanya daripada pekerja atau artis itu sendiri.

“Jadi, minta sangat supaya kerajaan dapatkan input daripada produser kerana ia sedikit sebanyak memberikan kesan dan beban buat kami,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!