10 jenayah kezaliman Netanyahu

Netanyahu. Foto AFP
Netanyahu. Foto AFP
A
A
A

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sering menjadi subjek kontroversi berkaitan tindakan dan dasar pemerintahannya, terutama yang berkaitan dengan konflik Israel-Palestin.

Terbaharu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap pada Khamis terhadap Netanyahu atas tuduhan jenayah perang yang didakwa dilakukannya di wilayah Palestin, termasuk Gaza.

Berikut adalah 10 tindakan atau keputusan yang dianggap kejam atau kontroversi Netanyahu, hingga beliau digelar sebagai penjenayah perang.

Pembersihan runtuhan bangunan akibat serangan maut Israel ke atas Semenanjung Gaza akan mengambil masa kira-kira 15 tahun. Foto AFP
Pembersihan runtuhan bangunan akibat serangan maut Israel ke atas Semenanjung Gaza akan mengambil masa kira-kira 15 tahun. Foto AFP

1. Serangan ke atas Gaza, Perang Gaza 2014

Di bawah kepimpinan Netanyahu, serangan besar-besaran dilancarkan ke atas Gaza.

Pada tahun 2014, Israel melancarkan serangan darat selama tiga minggu terhadap pejuang Hamas, ia menyebabkan lebih 2,000 kematian, kebanyakannya orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

Kerja-kerja pembinaan penempatan haram Israel sedang dijalankan. Foto Agensi
Kerja-kerja pembinaan penempatan haram Israel sedang dijalankan. Foto Agensi

2. Pembinaan Penempatan Haram

Netanyahu secara aktif menyokong pembinaan penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki, yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Pada tahun 2020, Israel meluluskan 2,166 kediaman baharu di penempatan di Tebing Barat.

Meskipun keputusan itu telah melanggar semua resolusi yang disahkan di peringkat antarabangsa, termasuk Resolusi 2334 yang menganggap semua penempatan Israel di tanah negara Palestin tidak sah, Israel tetap dengan tindakan melanggar undang-undang mereka.

Rakyat Palestin terancam akibat sekatan dan serangan berterusan oleh Israel. Foto AFP
Rakyat Palestin terancam akibat sekatan dan serangan berterusan oleh Israel. Foto AFP

3. Sekatan di Gaza

Rejim Zionis di bawah kepimpinan Netanyahu terus menghalang penghantaran dan pengagihan bekalan bantuan ke Genting Gaza di tengah-tengah perang genosid yang sudah berlarutan sekian lama.

Malah ribuan rakyat Palestin terkesan atas tindakan tidak berperikemanusian itu.

Israel melancarkan perang pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza membunuh puluhan ribu orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Foto AFP
Israel melancarkan perang pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza membunuh puluhan ribu orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Foto AFP

4. Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin

Serangan udara dan tembakan tentera Israel semasa era Netanyahu sering mengorbankan kanak-kanak Palestin.

Rekod Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menunjukkan ratusan kanak-kanak Palestin terbunuh dalam konflik bersenjata setiap tahun.

Komando Israel menembak seawal waktu Subuh dalam isiden berkenaan. Foto Agensi
Komando Israel menembak seawal waktu Subuh dalam isiden berkenaan. Foto Agensi

5. Operasi Pembunuhan Aktivis Mavi Marmara (2010)

Tentera Israel menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, membunuh beberapa aktivis.

Dalam kejadian 31 Mei 2010 itu tentera laut Israel menembak sembilan aktivis di atas flotila itu yang membawa bantuan ke Gaza.

Ia mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana tindakan itu disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Ratusan rakyat Palestin ditahan tanpa bicara. Foto Agensi
Ratusan rakyat Palestin ditahan tanpa bicara. Foto Agensi

6. Penahanan Tanpa Bicara

Netanyahu mempertahankan undang-undang yang membenarkan penahanan rakyat Palestin tanpa bicara selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Ribuan rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, ditahan tanpa keadilan.


Polis Israel menyerang penduduk Palestin bagi melarang mereka daripada memasuki kediaman di Sheikh Jarrah. Foto Agensi
Polis Israel menyerang penduduk Palestin bagi melarang mereka daripada memasuki kediaman di Sheikh Jarrah. Foto Agensi

7. Pengusiran Keluarga Palestin di Sheikh Jarrah

Di bawah dasar Netanyahu, keluarga Palestin di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur diusir untuk memberi laluan kepada pendatang Yahudi.Kesannya berlaku peningkatan ketegangan dan keganasan di kawasan tersebut.


Ahli Parlimen Israel ketika bersidang. Foto AFP
Ahli Parlimen Israel ketika bersidang. Foto AFP

8. Pelaksanaan Undang-Undang Negara Yahudi

Netanyahu menyokong undang-undang 'negara bangsa Yahudi' yang diluluskan Parlimen Israel pada 19 Julai 2018.Undang-undang itu menetapkan Israel sebagai sebuah negara Yahudi sekali gus meminggirkan hak minoriti Arab.

Udang-undang itu menjadikan Hebrew sebagai bahasa kebangsaan dan mentakrifkan kewujudan komuniti Yahudi sebagai kepentingan negara.

Kekerasan Terhadap Penunjuk Perasaan Palestin. Foto Agensi
Kekerasan Terhadap Penunjuk Perasaan Palestin. Foto Agensi

9. Kekerasan Terhadap Penunjuk Perasaan Palestin

Tentera Israel menggunakan peluru hidup terhadap penunjuk perasaan di sempadan Gaza, menyebabkan ratusan terbunuh dan ribuan cedera pada insiden di tahun 2019.

Perbuatan ini menunjukkan Israel melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang dikritik oleh badan antarabangsa.

Pasukan keselamatan Israel menyuraikan penunjuk perasaan Palestin di luar Pintu Damsyik di Kota Lama Baitulmuqaddis. Foto AFP
Pasukan keselamatan Israel menyuraikan penunjuk perasaan Palestin di luar Pintu Damsyik di Kota Lama Baitulmuqaddis. Foto AFP

10. Penggunaan Kekerasan Sistemik dan Apartheid

Netanyahu sering dituduh menginstitusikan sistem apartheid terhadap rakyat Palestin, dengan memisahkan mereka melalui undang-undang, tembok keselamatan, dan sekatan pergerakan.

Ia menyebabkan ketegangan antara Israel dan Palestin semakin memuncak, dengan kebencian yang semakin mendalam. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!