Kim Swee yakin mentaliti positif pacu kejayaan Sabah FC

Kim Swee pada aksi pasukan Sabah FC menentang pasukan PT Athletic FC dalam saingan Piala Malaysia 2024/2025 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto Bernama
Kim Swee pada aksi pasukan Sabah FC menentang pasukan PT Athletic FC dalam saingan Piala Malaysia 2024/2025 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

DATUK Ong Kim Swee berharap Sabah FC mengekalkan momentum terbaik mereka setelah beliau melepaskan jawatan Ketua Jurulatih pasukan itu hujung bulan ini.

Aksi Sabah menewaskan PT Athletic FC pada perlawanan pertama pusingan awal Piala Malaysia 2024/2025 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam merupakan tugas terakhir Kim Swee sejak bersama pada 2021.

"Saya percaya mereka (pemain) individu yang profesional dan mereka tahu tugas masing-masing. Mereka harus kekal fokus dengan apa jua atau sesiapapun yang datang menggantikan saya.

"Mereka tidak boleh fikirkan perbezaaan dan perlu adaptasi dengan corak baharu. Adanya mentaliti dan individu yang positif (gantikan Kim Swee) saya percaya pasukan ini berada dalam landasan yang cukup baik," katanya pada sidang media selepas aksi Sabah membelasah PT Athletic 4-0.

Kim Swee (dua dari kanan) pada aksi pasukan Sabah FC menentang pasukan PT Athletic FC dalam saingan Piala Malaysia 2024/2025 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto Bernama
Kim Swee (dua dari kanan) pada aksi pasukan Sabah FC menentang pasukan PT Athletic FC dalam saingan Piala Malaysia 2024/2025 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto Bernama

Khamis lepas, Kim Swee mengumumkan untuk tidak lagi bersama pasukan Sabah FC apabila kontraknya berakhir 30 Nov ini.

Beliau berkata, perpisahan dengan skuadnya itu juga bukan satu tugas mudah namun berhasrat membuka lembaran baharu dengan cabaran berbeza.

"Saya inginkan cabaran lain dan untuk tinggalkan Sabah FC bukan satu perkara mudah. Tetapi untuk menimba atau mendapatkan cabaran baharu bagi memastikan saya capai apa yang diinginkan dalam karier kejurulatihan (juga) bukan mudah mendapat peluang.

Artikel Berkaitan:

"Saya akan putuskan hala tuju saya dalam dua tiga hari lagi kerana perlu memikirkan beberapa faktor dan memang ada beberapa tawaran dari luar dan dalam negara," katanya.

Sabah FC dilaporkan sedang mencari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!