Kemalangan libatkan kereta tertinggi hingga Oktober 2024

Kereta yang rosak teruk akibat kemalangan. (Gambar kecil: Mohd Yusri) Gambar hiasan
Kereta yang rosak teruk akibat kemalangan. (Gambar kecil: Mohd Yusri) Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tidak mematuhi lampu isyarat merah serta memandu dengan laju antara faktor direkodkan menjadi penyumbang kepada kemalangan maut menerusi statistik yang dicatatkan antara Januari sehingga Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kereta merekodkan jenis kenderaan tertinggi dalam kes kemalangan maut di negara ini sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan kes kemalangan maut merekodkan sebanyak 17,905 dalam tempoh 10 bulan tahun ini.

"Kereta merekodkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 15,402 kes diikuti motosikal (1,040) dan lori (825).

"Selain itu, turut kategori yang turut terlibat dalam kemalangan maut adalah kenderaan pacuan empat roda sebanyak 619 kes serta pejalan kaki (19)," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, punca kepada penyumbang kemalangan jalan raya adalah disebabkan tingkah laku manusia atau kelalaian.

"Antaranya adalah memandu tanpa menghiraukan risiko ketika di jalan raya, tidak mematuhi kelajuan ditetapkan, mengejar belakang, mengejar lampu merah dan pelbagai gangguan lain ketika pemanduan.

"Selain itu, faktor lain juga disebabkan infrastruktur jalan dan kawasan sekitar serta faktor cuaca yang tidak menentu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pengguna perlu memastikan sentiasa dalam keadaan bersedia dari sudut fizikal dan mental terutama dalam melibatkan pemanduan jarak jauh.

"Pengguna perlu memastikan sentiasa dalam keadaan sihat serta tidak mengantuk selain memastikan kenderaan berada dalam kondisi selamat untuk dipandu.

"Ini akan memastikan bahawa kita dapat memandu dengan selamat dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya," katanya.

Tambahnya, sikap pemandu yang bijak dan berhemah amat penting untuk mengelakkan kemalangan jalan raya.

"Sebagai pengguna jalan raya juga, kita perlu mengawal emosi dan tidak terlalu terburu-buru semasa memandu untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

"Mematuhi peraturan ditetapkan juga penting untuk keselamatan pengguna jalan raya terutamanya melibatkan penggunaan telefon bimbit ketika memandu dan pematuhan lampu isyarat," katanya.

Mohd Yusri berkata, pihaknya sentiasa mempergiatkan elemen penguatkuasaan secara berterusan di seluruh negara.

"Ini termasuk memperkasakan siasatan kes kemalangan jalan raya dengan meningkatkan integriti di kalangan petugas JSPT di lapangan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!