Kakitangan awam ditemui tergantung

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

BACHOK - Seorang kakitangan awam ditemui mati tergantung pada alang atap di bahagian belakang rumahnya di Kampung Gong Batu, Tawang di sini hari ini.

Mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemui oleh abang mangsa sebelum menghubungi talian kecemasan 999.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu pada jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi polis mendapati lelaki terbabit berada dalam keadaan terjerut leher dan tergantung pada tali yang terikat di alang atap belakang rumah.

“Pemeriksaan terhadap lelaki yang berpakaian baju-T dan berseluar mendapati dia sudah pun meninggal dunia dan turut ditemui tangga besi di sebelah mayat mangsa.

“Berdasarkan pemeriksaan awal keadaan mayat dipercayai meninggal dunia kurang daripada tempoh enam jam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Samsulmuddin berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan tinggal di rumah tersebut bersama ibunya namun ketika kejadian itu ibunya tidak berada di rumah.

“Siasatan awal polis tidak menemui kesan pergelutan atau jenayah pada badan lelaki itu bagaimanapun bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Artikel Berkaitan:

“Jiran memaklumkan lelaki terbabit jarang bergaul dan hanya keluar bekerja serta duduk di rumah," katanya.

Katanya, semakan terhadap lelaki tersebut tidak mempunyai sejarah penyakit mental.

“Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!