Ibu, anak batal 3,250 tempahan hotel ditahan
TOKYO - Polis Jepun menahan seorang wanita dan anak lelakinya kerana didakwa melakukan lebih 3,200 pembatalan hotel bernilai AS$1 juta (RM4.14 juta) dan mengumpul ganjaran sebanyak AS$22,000 (RM90,994).
Polis di wilayah Kyoto mengesahkan menahan wanita berusia 51 tahun dan anaknya berusia 31 tahun berkaitan kes membuat tempahan palsu di tiga buah hotel pada November lalu yang menyebabkan kerugian kira-kira AS$864 (RM3,574).
Bagaimanapun, pertuduhan itu menjadi masalah besar apabila media tempatan melaporkan kedua-dua mereka membuat 3,250 pembatalan hotel di seluruh negara selama lebih setahun menerusi perkhidmatan tempahan dalam talian dengan nilai kerugian AS$1.04 juta (RM4.30 juta)
Menurut laporan penyiar kebangsaan NHK dan beberapa media utama lain, dua beranak itu mengumpul ribuan ringgit mata kesetiaan digital menerusi transaksi tersebut.
"Siasatan sedang dijalankan. Polis percaya suspek menyasarkan hotel dengan mempunyai mata pengguna yang tinggi dan berulang kali membatalkan tempahan mereka," lapor NHK memetik sumber. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!