Goodnite lancar tilam Love Series lV

Love Series lV menggabungkan tilam inovatif dan teknologi bagi meningkatkan kualiti tidur rakyat Malaysia. (Gambar kecil: Yek Ming)
Love Series lV menggabungkan tilam inovatif dan teknologi bagi meningkatkan kualiti tidur rakyat Malaysia. (Gambar kecil: Yek Ming)
A
A
A

JENAMA dan pengeluar tilam terkemuka Malaysia, Goodnite melancarkan produk baharu, Love Series lV yang menggabungkan tilam inovatif serta teknologi bagi meningkatkan kualiti tidur rakyat Malaysia.

Pengarah Urusan Goodnite Group, Teo Yek Ming berkata, tilam tersebut mempunyai dua tahap keempukan, dilengkapi terapi bunyi tidur, perkhidmatan pembersihan tilam dan peningkatan kualiti udara melalui teknologi Ionic Nano Copper-Zinc.

Menurutnya, menerusi teknologi DUOCARETM, reka bentuk baharu ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ Goodnite memberikan setiap orang keselesaan mengikut keperluan peribadi masing-masing.

Tambah beliau, pihaknya bekerjasama dengan Universiti Malaya (UM) untuk menjalankan uji kaji dan analisis yang meluas tentang keutamaan serta keperluan pelanggan.

“Ia berdasarkan pelbagai kumpulan umur, ketinggian dan berat badan bagi menentukan keempukan tilam yang ideal serta membantu pengguna memilih tilam paling sesuai dengan keperluan mereka.

“Hasil kerjasama ini bukan sahaja membolehkan kami memberikan nasihat profesional dalam membantu pelanggan memilih tilam sesuai, tetapi sebagai jenama terkemuka di Malaysia, kami menggunakan data ini sebagai asas untuk inovasi lebih lanjut membawa kepada penciptaan produk membanggakan, Love Series IV,” katanya semasa Majlis Pelancaran Love Series lV di sini pada Khamis.

Yek Ming (tengah) bersama tetamu kehormat melancarkan produk baharu Goodnite pada Khamis.
Yek Ming (tengah) bersama tetamu kehormat melancarkan produk baharu Goodnite pada Khamis.

Menurut Yek Ming, ciri utama tilam baharu tersebut membantu meningkatkan kualiti tidur menerusi keempukan boleh laras di setiap sisi, membolehkan pelanggan memilih daripada tiga tahap seperti keselesaan, hibrid dan sokongan.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, reka bentuk inovatif itu akan meningkatkan kualiti tidur dengan menawarkan sokongan kesihatan mengikut keutamaan individu.

“Ciri keempukan dua tahap ini memberi manfaat besar kepada pasangan kerana ia membantu mengelak berlaku konflik mengenai pilihan tilam dan mengelak salah seorang terpaksa beralah.

“Kini pengguna boleh mengunjungi mana-mana cawangan Goodnite di seluruh negara. Sistem AI akan menganalisis ketinggian, berat badan dan umur mereka untuk mencadangkan tahap keselesaan tilam paling sesuai,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!