Nasib Hassan Karim mungkin tidak diumum hari ini - Sumber PKR

Hassan
Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan nasib Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis lalu atas dakwaan mengkritik kerajaan dalam isu pelantikan syarikat U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua, mungkin tertangguh dan tidak akan diumumkan hari ini.

Sumber terdekat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata, hal ini susulan satu mesyuarat MPP yang sepatutnya diadakan pada Ahad, difahamkan telah dibatalkan pada saat akhir.

Ujarnya, keputusan pembatalan mesyuarat MPP PKR itu dibuat susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden parti perlu mengadakan persiapan bagi mengetuai rangka lawatan kerja ke Korea Selatan.

Sumber PKR mendakwa mesyuarat MPP PKR yang dijadual diadakan pada Ahad telah dibatalkan saat akhir susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengadakan lawatan kerja ke Korea Selatan.
Sumber PKR mendakwa mesyuarat MPP PKR yang dijadual diadakan pada Ahad telah dibatalkan saat akhir susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengadakan lawatan kerja ke Korea Selatan.

"Berkenaan nasib YB (Yang Berhormat) Hassan, Lembaga Disiplin PKR kebiasaannya akan memaklumkan keputusan penilaian isu tatatertib beliau di dalam Biro Politik dan mesyuarat MPP terlebih dahulu, barulah pucuk kepimpinan akan mengumumkannya kepada umum.

"Memandangkan mesyuarat MPP yang dijadual diadakan hari ini dibatalkan, besar kemungkinan keputusan nasib Hassan tidak akan diumumkan.

"Kecuali jika pihak perwakilan Lembaga Disiplin hendak mengumumkan keputusan itu sendiri, mungkin media akan dapat tahu lebih awal. Tetapi saya rasa mustahil kerana proses tatacara pengurusan parti kebiasaannya menuntut Lembaga Disiplin untuk memberitahu keputusan berkenaan di dalam mesyuarat MPP terlebih dahulu," kata sumber PKR berkenaan.

Sebelum ini, Hassan menegaskan beliau tidak akan merayu terhadap keputusan yang akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin PKR pada Ahad susulan kritikannya terhadap kerajaan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau terbuka dan bersedia menerima sebarang keputusan yang akan diputuskan termasuk jika digantung atau dipecat keahlian parti.

"Saya dipanggil dalam sesi pendengaran atau perbicaraan dengan lembaga disiplin parti Khamis lalu namun belum ada keputusan.

"Mereka hanya memberikan pandangan lembaga disiplin parti dan selepas ini mereka akan rujuk kepada Biro Politik PKR dan seepas itu kepada Majlis Pimpinan PKR yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jadi, keputusan akan diputuskan esok, (Ahad) " katanya pada Sabtu.

Hassan dihadapkan ke lembaga disiplin parti berkenaan selepas didapati mengkritik kerajaan dalam isu pelantikan syarikat U Mobile sebagai pengendali rangakaian 5G kedua.

Selain itu, PKR turut melabel Hassan sebagai merosakkan imej parti tersebut apabila membuat kenyataan terbuka berkenaan.

Mengulas lanjut, sumber PKR berkenaan menjangkakan Hassan yang pernah memegang jawatan Ahli MPP dan Pengerusi PKR Johor tidak akan berdepan tindakan besar seperti dipecat atau digantung parti.

"Saya fikir mungkin YB Hassan akan dikenakan amaran bertulis sahaja oleh MPP PKR.

"Bagaimanapun, terpulang kepada Biro Politik dan MPP PKR untuk membuat keputusan terbaik demi kebaikan parti," jelas sumber itu lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!