Ekor treler tertanggal, polis sudah ambil keterangan pemandu

Video tular memaparkan bahagian belakang treler tertanggal dari kepala lori di lebuhraya NKVE, pada Khamis. Gambar kecil: Mohd Yusri
Video tular memaparkan bahagian belakang treler tertanggal dari kepala lori di lebuhraya NKVE, pada Khamis. Gambar kecil: Mohd Yusri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sudah mengambil keterangan pemandu treler bagi membantu siasatan berkaitan insiden bahagian belakang kenderaan itu tercabut di Lebuhraya Lembah Klang (NKVE), di sini, pada Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, punca kejadian itu masih dalam siasatan.

"Polis sudah mengambil keterangan pemandu treler berkenaan, kita laporan berkaitan kes itu pada Jumaat.

"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi, pada Ahad.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 17 saat memaparkan bahagian belakang treler tertanggal dari kepala lori di lebuh raya berkenaan.

Kejadian itu dirakam kamera papan pemuka milik kenderaan lain yang melalui jalan yang sama.

Treler itu dilihat berada di lorong paling kiri ketika kejadian berlaku, bahagian badan treler berkenaan secara tiba-tiba dilihat bergerak ke arah kanan dan hampir menghimpit serta nyaris melanggar sebuah lori lain.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!