Pemandu Mabuk: Perlukah Hukuman Lebih Berat?
12 Februari 2020 | Wacana
A
A
A
KEMALANGAN maut yang melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol dilihat semakin menjadi-jadi.
Situasi ini telah menyebabkan Kabinet bersetuju meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, pengaruh dadah serta memandu secara bahaya.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga bertegas akan mengadakan perbincangan segera dengan Kementerian Pengangkutan serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Persoalannya adakah hukuman sedia ada mencukupi dan adil buat keluarga si mangsa?
Perlukah hukuman lebih berat dan bagaimana ia akan dilaksanakan?