Empat remaja nyaris lemas diselamatkan anggota ATM

Empat remaja yang nyaris lemas akibat terjatuh ke dalam tasik di Puncak Alam di sini berjaya diselamatkan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kejadian pada Ahad. Gambar hiasan, gambar kecil: Mohd Hafiz
Empat remaja yang nyaris lemas akibat terjatuh ke dalam tasik di Puncak Alam di sini berjaya diselamatkan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kejadian pada Ahad. Gambar hiasan, gambar kecil: Mohd Hafiz
A
A
A

SUNGAI BULOH - Empat remaja yang nyaris lemas akibat terjatuh ke dalam tasik di Puncak Alam di sini berjaya diselamatkan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kejadian pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, Pusat Kawalan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berkaitan insiden itu pada jam 12.30 tengah hari.

"Pihak polis telah menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong dan menghantar kereta peronda ke lokasi untuk memberikan bantuan.

"Setibanya di lokasi, kita telah dimaklumkan bahawa empat remaja itu telah berjaya diselamatkan oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Hafiz berkata, hasil siasatan mendapati, sebelum kejadian berlaku, enam remaja berusia 13 tahun itu keluar memancing dengan menggunakan sebuah sampan yang terdampar sehingga karam di tengah tasik.

"Dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri kerana mahir berenang," ujarnya.

Mohd Hafiz berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas anggota ATM berkenaan, Mohd Nor Khalid yang bertugas di Kem Sungai Buloh kerana membantu menyelamatkan empat remaja itu daripada lemas.

"Pihak polis juga menasihati semua ibu bapa sentiasa mengawasi anak-anak agar insiden sebegini tidak berulang di masa akan datang," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!