Sekumpulan warga emas nyaris rentung

Orang awam turut membantu menyelamatkan warga emas yang tinggal berdekatan lokasi kebakaran.
Orang awam turut membantu menyelamatkan warga emas yang tinggal berdekatan lokasi kebakaran.
A
A
A

GEORGETOWN - Sekumpulan warga emas yang tinggal di sebuah rumah kebajikan orang tua berjaya diselamatkan selepas bangunan di sebelah premis berkenaan terbakar tadi.

Bagaimanapun, jumlah warga emas yang berjaya diselamatkan itu belum diketahui setakat ini selepas tiga buah kedai dua tingkat (kelas A) di Lebuh Carnavon di sini terbakar kira-kira jam 8.45 malam.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Saiful Bahari Abdul Kader berkata, bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 8.58 malam.

"Sampai di lokasi, didapati tiga buah kedai di bangunan dua tingkat dengan anggaran keluasan 20X60 kaki persegi setiap unit telah terbakar.

Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah kedai.
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah kedai.

"Bangunan sebelah dengan jarak 6 meter pula dijadikan rumah orang tua,namun semua warga emas dapat dibawa keluar dan keadaan terkawal," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tadi.

Menurutnya, kebakaran membabitkan 70 peratus di bahagian tengah kedai, manakala hanya 50 peratus bangunan kiri dan kanan terbakar di bahagian tingkat atas.

Api dapat dikawal daripada terus merebak pada jam 9.24 malam oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai, Jalan Perak dan Bagan Jermal.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kerja-kerja pengawalan dan pemadaman masih dijalankan dengan bantuan pasukan bomba sukarela.

AKAN MENYUSUL

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!