Asia Barat, Ukraine dan Trump dalam agenda Mesyuarat Menteri Luar G7

Konflik di Asia Barat dan Ukraine dijangka menjadi antara topik utama, bersama-sama implikasi pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat terhadap orde antarabangsa - Foto: Agensi
Konflik di Asia Barat dan Ukraine dijangka menjadi antara topik utama, bersama-sama implikasi pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat terhadap orde antarabangsa - Foto: Agensi
A
A
A

FIUGGI (Itali) - Menteri-menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) bermesyuarat di sini pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Persidangan dua hari itu akan berlangsung di bandar kecil Fiuggi, kira-kira 80 kilometer di luar Rom dan merupakan mesyuarat terakhir Menteri-menteri Luar G7 yang dijadualkan tahun ini.

Konflik di Asia Barat dan Ukraine dijangka menjadi antara topik utama, bersama-sama implikasi pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat terhadap orde antarabangsa.

Waran tangkap yang baru-baru ini dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang dalam konflik Gaza telah mencetuskan kontroversi.

Dalam konflik di Ukraine, Rusia baru-baru ini melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu ke arah Ukraine yang menurut pakar, boleh dilengkapi dengan peranti letupan nuklear - walaupun ini tidak berlaku.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Ukraine dilaporkan menyerang sasaran ketenteraan di Rusia dengan peluru berpandu ATACMS dari Amerika Syarikat yang mampu mencapai sehingga 300 kilometer serta peluru berpandu jelajah Storm Shadow dari United Kingdom.

Di Indo-Pasifik pula, Taiwan melihat dirinya terancam oleh China.

Itali memegang jawatan presiden G7 sehingga akhir tahun ini. Ahli lain ialah Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Jepun, Perancis dan Jerman. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!