'Terima kasih patuh arahan tiada khemah biru di pantai Teluk Kemang' - MPPD

Tiada lagi kelihatan khemah biru di pantai Teluk Kemang.
Tiada lagi kelihatan khemah biru di pantai Teluk Kemang.
A
A
A

PORT DICKSON - Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) berpuas hati dengan pematuhan peniaga berhubung larangan sewaan khemah di pantai Teluk Kemang yang bermula sejak 18 November lalu.

Yang Dipertuanya, Hasnor Abd Hamid berkata, pihaknya berterima kasih atas kerjasama yang diberikan.

"MPPD berpuas hati dan berterima kasih dengan kerjasama baik semua peniaga yang terlibat di Pantai Teluk Kemang termasuk JPKK Teluk Kemang serta Jawatankuasa bertindak berkaitan.

"Diharapkan langkah-langkah penambahbaikan selepas ini akan dapat menambah baik potensi pelancongan di Port Dickson," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Hasnor
Hasnor

Bagaimanapun katanya, pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, bukan saja di Pantai Teluk Kemang, tetapi di Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin juga tiada lagi aktiviti sewaan khemah dibenarkan.

Sebelum ini media melaporkan, arahan tersebut sebagai langkah persediaan bagi menambah baik perniagaan sewaan khemah di pantai-pantai Port Dickson.

Artikel Berkaitan:

Jika mereka tidak mematuhinya, pihak MPPD akan memindahkan dan mengalihkan barangan mereka tanpa notis selanjutnya mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Jelasnya, pengusaha juga dikehendaki membersihkan semua peralatan seperti khemah-khemah, meja, kerusi, payung, struktur atau binaan tempat simpanan dan sebagainya.

Pemandangan Pantai Teluk Kemang yang dahulu yang penuh dengan khemah biru.
Pemandangan Pantai Teluk Kemang yang dahulu yang penuh dengan khemah biru.

Untuk rekod, isu khemah biru terutama di Pantai Teluk Kemang bukanlah baharu dan sering menjadi rungutan pengunjung yang kurang selesa dengan kehadiran khemah di situ.

Malah ada yang mendakwa mereka turut dihalang duduk di pantai itu sekiranya tidak menyewa khemah.

Sinar Harian sebelum ini turut melaporkan, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perbincangan sedang dijalankan bersama pengusaha khemah sewa di kawasan pantai berkenaan bagi mencari kaedah penyelesaian terbaik.

Katanya, isu berkaitan kawasan berkenaan akan diselesaikan menjelang penghujung tahun ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!