Doktor rugi RM138,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Seorang doktor berputih mata apabila kerugian RM138,000 akibat terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak wujud. Gambar hiasan. Gambar kecil: Raiz Mukhliz
Seorang doktor berputih mata apabila kerugian RM138,000 akibat terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak wujud. Gambar hiasan. Gambar kecil: Raiz Mukhliz
A
A
A

MUAR - Seorang doktor berputih mata apabila kerugian RM138,000 akibat terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, wanita tempatan berusia 30 tahun itu pada mulanya telah mengikut seminar secara dalam talian dan ditawarkan beberapa pakej pelaburan pada Mei tahun lalu.

"Mangsa ditawarkan untuk melabur sebanyak RM138,000 dan dijanjikan keuntungan setiap bulan sebanyak RM5,000 selama dua tahun.

"Oleh kerana berminat dengan keuntungan yang dijanjikan bermula 4 Julai sehingga 6 Julai tahun lalu, mangsa telah membuat pembayaran keseluruhan sebanyak RM138,000 secara dalam talian atas akaun nama sebuah syarikat.

"Bagaimanapun sehingga laporan polis dibuat pada 14 November lalu, mangsa tidak menerima sebarang dividen yang dijanjikan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, mangsa berasa tertipu apabila syarikat berkenaan dikatakan mengalami kerugian dan tidak dapat membayar dividen yang sudah dilaburkan.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil langkah berhati-hati terutama membabitkan transaksi kewangan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!