JPJ diberikan kepercayaan penuh selesaikan isu kenderaan berat

Suasana pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 pada hari ketiga, Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini pada Isnin.
Suasana pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 pada hari ketiga, Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini pada Isnin.
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diberikan kepercayaan penuh bagi menyelesaikan isu kenderaan berat termasuk yang membawa muatan lebih sehingga menjadi punca kemalangan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau telah memaklumkan kepada jabatan itu supaya mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap pihak berkenaan.

"Memang diketahui banyak juga pemandu lori ini ataupun aktiviti lori tipper ini, mereka ada tonto mereka, memang ada penguat kuasa yang diugut.

"Jadi kita akan lihat untuk pindaan terhadap undang-undang iaitu Akta Pengangkutan Jalan untuk kita perkasakan lagi penguat kuasa kita supaya dapat dilaksanakan penguatkuasaan lebih efektif terhadap masalah lori-lori lebih muatan ini," katanya.

Anthony Loke (DAP-Chennah) berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 pada hari ketiga, Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini pada Isnin.

Katanya, beliau mengetahui kebelakangan ini banyak kemalangan melibatkan kematian disebabkan oleh lori lebih muatan, kini semakin menjadi-jadi, malah pihaknya sudah laksanakan operasi dan tindakan peguatkuasan besar-besaran terhadap lori kontena dan lori muatan batu-bata serta pasir ini.

"Walaupun JPJ tidak terlibat dalam proses siasatan kes kemalangan kenderaan berat khususnya menyebabkan kematian kerana ia di bawah bidang kuasa polis namun JPJ terlibat dalam proses mengaudit syarikat berkaitan.

"Apabila berlaku sesuatu kemalangan itu, prosedur operasi standard (SOP) JPJ adalah untuk syarikat itu mesti diaudit sama ada mereka mematuhi prosedur keselamatan ataupun tidak. Dalam kebanyakan kes, mereka gagal dalam audit itu, apabila gagal kita akan gantung operasi mereka supaya mereka buat audit yang baik.

Artikel Berkaitan:

"Kami cuba berikan mesej yang kuat kepada syarikat pengendali supaya jangan melanggar undang-undang negara terutama daripada segi pemandu," katanya.

Katanya lagi, dalam kes baru-baru ini ada pemandu lori yang menyalahgunakan dadah, ketum, memang banyak berlaku dan sekarang ini pihaknya akan bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk melihat bagaimana untuk mencegah perkara tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!