Trump umum penjualan buku baharunya dengan wawasan penggal kedua

Trump mengumumkan jualan buku baharunya, Save America yang dijual pada harga AS$99, manakala dengan salinan bertandatangan dijual pada harga AS$499. Foto Agensi
Trump mengumumkan jualan buku baharunya, Save America yang dijual pada harga AS$99, manakala dengan salinan bertandatangan dijual pada harga AS$499. Foto Agensi
A
A
A
WASHINGTON - Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan jualan buku baharunya, "Save America" yang mana beliau menggambarkan empat tahun pertamanya sebagai ketua negara dan wawasan bagi penggal seterusnya di Rumah Putih, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Buku itu dijual pada harga AS$99, dengan salinan bertandatangan dijual pada harga AS$499. Buku itu digambarkan sebagai 'pandangan yang tiada tandingan' mengenai empat tahun pertama Trump memegang jawatan Presiden dan visinya untuk penggal seterusnya, serta dipenuhi dengan 'detik ikonik' daripada pentadbiran pertama Trump.

"Daripada sidang kemuncak bersejarah bersama pemimpin dunia hingga rakaman spontan dari Rumah Putih, setiap foto telah dipilih oleh Presiden Trump, di samping kata-katanya, yang memberikan wawasan tentang apa yang akan membentuk empat tahun beliau yang akan datang di pejabat," menurut huraian buku itu.

Trump, yang memegang jawatan itu selepas pilihan raya 2016, memenangi pilihan raya presiden pada 5 November, menjadikannya pemimpin AS pertama sejak abad ke-19 yang kembali ke Rumah Putih selepas berehat selama empat tahun.

Majlis pelantikan Trump akan berlangsung pada 20 Januari. - Bernama
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!