Suspek terlibat kes samun dua beranak diberkas

Usaha memburu saki-baki penjenayah terlibat kejadian samun dua beranak di Bandar Bukit Tinggi 1 minggu lalu berakhir apabila seorang lelaki diberkas pada Ahad.Gambar hiasan
Usaha memburu saki-baki penjenayah terlibat kejadian samun dua beranak di Bandar Bukit Tinggi 1 minggu lalu berakhir apabila seorang lelaki diberkas pada Ahad.Gambar hiasan
A
A
A

KLANG - Usaha memburu saki-baki penjenayah terlibat kejadian samun dua beranak di Bandar Bukit Tinggi 1 minggu lalu berakhir apabila seorang lelaki diberkas pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Cha Hoong Fong berkata, suspek yang merupakan lelaki tempatan berumur 21 tahun itu ditahan menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Sentosa kira-kira jam 6.30 petang.

"Siasatan dijalankan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod lampau berkaitan jenayah.

"Suspek direman tiga hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, tangkapan terhadap individu itu dijalankan susulan penahanan seorang suspek pada 17 November lalu.

"Siasatan mendapati dua suspek ini terlibat dalam kes samun seorang wanita berumur 30 tahun jam 8.20 malam pada 16 November lalu.

"Selain itu, suspek sama dipercayai turut terlibat dalam kes samun di Klang Utara sebelum ini," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan dua beranak menempuh detik mencemaskan apabila disamun penjenayah bermotosikal di Bandar Bukit Tinggi 1 di sini, minggu lalu.

Salah seorang mangsa turut dicederakan suspek.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!