Kabinet 2.0 Trump hampir lengkap
WASHINGTON - Kabinet Donald Trump hampir lengkap setelah lebih 40 individu dalam kalangan kroni beliau dipilih sejak 17 hari lalu.
Ia bermula dengan pelantikan pertama pengurus kempen beliau, Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih di bawah pentadbiran Trump 2.0.
Pemilihan Wiles bagaimanapun tidak memerlukan kelulusan Senat seperti sebahagian besar calon lain.
Pasukan 'campur aduk' dipilih beliau bakal menggalas tanggungjawab untuk merealisasikan agenda dan dasar kontroversi selepas pengambilalihan Rumah Putih pada Januari 2025.
Antara calon yang dipilih termasuk hos Fox News, veteran tentera, aktivis antivaksin dan bilionair sarat kontroversi, Elon Musk serta beberapa muka lama yang pernah berkhidmat ketika pentadbiran penggal pertama Trump.
Pada 2016, Kabinet Trump pernah dikritik Demokrat kerana dibarisi individu yang disifatkan berbahaya kepada negara dan tidak layak untuk menggalas portfolio yang diberikan.
Menerusi pengumuman baru-baru ini, bakal Presiden ke-47 AS telah menggariskan visi beliau bagi agensi persekutuan yang kritikal dengan melantik gabungan penyokong, profesional berpengalaman dan calon konservatif berprofil tinggi untuk memegang jawatan utama. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!