Pendapatan suku pertama Sedania naik 50 peratus kepada RM15.88 juta

Azrin Mohd Noor
Azrin Mohd Noor
A
A
A

SEDANIA Innovator Berhad (Sedania) mencatatkan pertumbuhan pendapatan tahun ke tahun sebanyak 50 peratus kepada RM15.88 juta untuk suku pertama tahun kewangan 2025 yang berakhir pada 30 September 2024.

Sedania berkata, pertumbuhan tersebut didorong oleh prestasi kukuh dalam segmen syarikat barangan pengguna laris (FMCG) yang menggariskan kejayaan strategi transformasi FMCG Sedania yang sedang dilaksanakan.

"Pelaburan berterusan dalam pembangunan penjenamaan dan kedudukan pasaran adalah penting untuk mewujudkan asas bagi meningkatkan kesedaran jangka panjang yang mampan.

"Oleh itu, kami yakin dapat mencapai keuntungan positif untuk keseluruhan tahun kewangan 2025," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor memberitahu, pertumbuhan pendapatan itu mencerminkan transformasi dan nilai strategik yang dilakukan secara berterusan.

"Pelaksanaan teknologi pengguna dan tenaga mampan penting untuk mendorong kumpulan ke arah visi mencapai pendapatan sembilan digit pada tahun akan datang," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Sedania yang baharu dilantik, Md Raus Sharif turut berkongsi pandangannya tentang pertumbuhan pendapatan kumpulan selepas mesyuarat Agung Tahunan ke-10 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Kumpulan.

Menurutnya, komitmen teguh meningkatkan kehidupan secara mampan ditambah dengan model perniagaan yang inovatif menjadikan kumpulan berkenaan semakin kukuh.

Artikel Berkaitan:

"Saya berharap dapat bekerja bersama lembaga pengarah dan pengurusan untuk mengemudi Sedania ke arah mencapai matlamat.

"Kumpulan bersedia untuk meningkatkan lagi bahagian pasaran dengan memanfaatkan peluang yang ada dalam pasaran berpenduduk padat dan mata wang tinggi. Dengan usaha berterusan dalam inovasi produk dan pengembangan strategik, trajektori hasil kekal optimis untuk sepanjang tahun kewangan ini," katanya.

Menurut beliau, mengambil kira cabaran ekonomi dan kewangan kini, Sedania tetap optimis namun berhati-hati dalam menyampaikan hasil positif bagi tahun kewangan 2025 yang berakhir pada 30 Jun 2025.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!