AS terus usaha capai gencatan senjata di Lubnan

Matthew Miller
Matthew Miller
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan, namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.

Perkara ini disahkan jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller dalam satu taklimat media pada Isnin.

Empat sumber kanan Lubnan memaklumkan Presiden AS, Joe Biden dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara kumpulan bersenjata Hizbullah dan Israel dalam tempoh 36 jam.

Namun begitu, Miller berkata, Jabatan Negara tidak percaya mereka telah mencapai perjanjian setakat ini.

"Kami percaya jurang perbezaan telah dikurangkan dengan ketara tetapi masih ada langkah-langkah yang perlu diambil," tambahnya.

AS telah berusaha mencapai perjanjian genjatan senjata antara Hizbullah, yang disokong oleh Iran, dan Israel bagi menghentikan konflik yang tercetus pada Oktober 2023.

Konflik di Lubnan turut meningkat dengan drastik dalam dua bulan terakhir ini.

Sementara itu, tanda kemajuan dalam perbincangan diplomatik itu berlaku serentak dengan serangan udara Israel ke atas kawasan pinggir selatan Beirut yang dikuasai Hizbullah ketika Israel meneruskan serangan pada September lalu. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!