Kanak-kanak cedera, kereta dipandu bapa terbabas elak babi melintas

Kanak-kanak berusia dua tahun cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dipercayai mengelak babi hutan melintas.
Kanak-kanak berusia dua tahun cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dipercayai mengelak babi hutan melintas.
A
A
A

ALOR GAJAH - Dua kanak-kanak nyaris maut selepas kereta dipandu bapa mereka terbabas gara-gara mengelak babi hutan melintas di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Rembia di sini, pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu menyebabkan kanak-kanak berusia dua tahun cedera manakala abangnya berusia empat tahun bengkak di kepala.

Menurutnya, turut tercedera bapa mereka berusia 28 tahun dan seorang penumpang wanita berusia 38 tahun dipercayai mengalami patah tulang pinggul dan tengkuk.

Katanya, ketika kejadian kesemua mereka yang menaiki kereta jenis Nissan Almeera dalam perjalanan dari arah Rembia ke Paya Rumput untuk menghantar wanita itu pulang ke rumah.

"Namun setiba di lokasi, pemandu dipercayai hilang kawalan ketika cuba mengelak babi melintas di lorong kanan jalan.

"Akibatnya kenderaan terbabit terbabas ke lorong kiri jalan sebelum terjatuh ke dalam cerun menyebabkan pemandu cedera di bahu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Babi hutan dipercayai menyebabkan kemalangan itu berlaku.
Babi hutan dipercayai menyebabkan kemalangan itu berlaku.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!