KPKM teliti syor pembekalan input pertanian secara persaingan terbuka

KPKM sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka. Gambar hiasan
KPKM sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.

KPKM menerusi satu jawapan bertulis berkata, melalui sistem persaingan terbuka, semua pengilang baja termasuk pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan mempunyai peluang sama untuk menyertai tender terbuka sekiranya diiklankan kelak.

“Untuk makluman, pembekalan input pertanian bersubsidi kepada pesawah pada masa ini adalah dilaksanakan oleh pembekal tunggal yang telah dilantik oleh kerajaan iaitu NAFAS.

“Pelantikan ini adalah berdasarkan pengalaman luas NAFAS dalam pembekalan dan pengedaran input pertanian bersubsidi sebelum ini.

“NAFAS juga mempunyai rangkaian organisasi pembekalan lengkap sehingga ke peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebagai jentera di lapangan dan merupakan stokis input pertanian tersebut,” kata kenyataan itu pada Isnin.

KPKM berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN - Beluran) mengenai pendekatan baharu kementerian bagi mengelakkan monopoli dalam pembekalan baja bersubsidi kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!