Kejohanan Terjun Remaja Dunia: Nurqayyum akhiri kemarau 18 tahun Malaysia

Nurqayyum Nazmi (kanan) menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia menaiki podium pada Kejohanan Terjun Remaja Dunia 2024.
Nurqayyum Nazmi (kanan) menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia menaiki podium pada Kejohanan Terjun Remaja Dunia 2024.
A
A
A

PENERJUN negara, Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia menaiki podium pada Kejohanan Terjun Remaja Dunia 2024 selepas merangkul pingat gangsa dalam acara 3 meter papan anjal lelaki (16 hingga 18 tahun) semalam.

Menurut Akuatik Dunia, penerjun berusia 18 tahun itu menduduki tempat ketiga selepas mengumpul 506.75 mata pada pusingan akhir di Rio de Janeiro, Brazil.

Nurqayyum Nazmi merangkul pingat gangsa dalam acara 3 meter papan anjal lelaki (16 hingga 18 tahun) semalam.
Nurqayyum Nazmi merangkul pingat gangsa dalam acara 3 meter papan anjal lelaki (16 hingga 18 tahun) semalam.

Rakan senegara Yong Rui Jie hanya menduduki tempat ke-10 daripada 12 penerjun selepas mengutip 440.30 mata.

Yan Xin dari China membawa pulang emas selepas menampilkan aksi cemerlang dengan mengutip 546.60 mata, manakala Isak Borslien dari Norway memenangi perak (508.35 mata).

Kali terakhir Malaysia menaiki podium adalah pada edisi 2006 di lokasi sama apabila Elizabeth Jimie dan Bryan Nickson Lomas masing-masing memenangi emas serta gangsa. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!