Curi benih antara faktor pengeluaran benih kerang Selangor sifar tahun lalu
SHAH ALAM - Kecurian benih kerang oleh individu tidak bertanggungjawab bagi tujuan penyeludupan menjadi antara faktor pengeluaran benih kerang Sabak Bernam semakin merosot.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, keadaan dasar laut dan kualiti air yang merosot juga menjadikannya kurang sesuai bagi pembiakan kerang secara semula jadi.
"Laporan kajian awal oleh pihak SIRIM Berhad turut menunjukkan bahawa kualiti air di sekitar lot kerang adalah dalam keadaan tercemar," jelasnya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Selesa.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Mohd Razali Saari (PN-Sungai Panjang) mengenai faktor utama mengakibatkan pengeluaran benih kerang Sabak Bernam semakin merosot dari 555,048 pada 2019 kepada sifar pada tahun 2023.
Izham menambah, selain itu, lokasi kejatuhan benih kerang di perairan yang cetek dan berlumpur menyukarkan aktiviti penguatkuasaan dan tangkapan dilaksanakan dengan berkesan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!