Kerajaan nafi jumlah buruh asing capai kadar siling penggajian
26 November 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kerajaan menafikan jumlah buruh asing di negara ini sudah mencapai kadar siling bagi penggajian golongan itu seperti ditetapkan Kementerian Ekonomi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kuota pengambilan buruh asing kini berbaki 400,000 orang sebelum jumlah berkenaan mencapai siling menjelang Disember ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Perlimen Jerlun, Dr Abd Ghani Ahmad mengenai langkah proaktif bagi memastikan buruh asing tidak mengancam kedaulatan negara, pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #koutaburuhasing #KDN #SaifuddinNasution