Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebanyak lapan sekolah di tiga daerah negeri ini dikenal pasti berisiko terjejas banjir ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlangsung, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong.

Beliau berkata, empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam dan SMK Bukit Mentok.

Selain itu, SMK Tengku Ampuan Intan, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Berang dan Sekolah Menengah Agama Mahmudiah di Hulu Terengganu.

"Di Kuala Nerus, pusat peperiksaan SPM yang berisiko ialah di SMK Padang Kemunting," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelani berkata, seramai 18,907 calon di Terengganu akan menduduki SPM bermula 2 Disember hingga 6 Februari tahun depan.

Beliau berkata, JPNT telah menyediakan pelan alternatif untuk memastikan calon di pusat peperiksaan berisiko itu dapat menduduki peperiksaan mengikut jadual.

"Kita telah menyediakan pelan untuk pemindahan calon SPM ke sekolah berdekatan sekiranya berlaku banjir.

"Langkah berjaga-jaga juga diambil sekiranya bangunan sekolah atau laluan ke sekolah dinaiki air ketika peperiksaan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!