Amaran Hujan Berterusan
Keadaan cuaca yang berkabus serta mendung di Jambatan Pulau Pinang dan dijangka hujan berterusan sehingga 29 November ini.
MET Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi kawasan Pulau Pinang, Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar), Pahang (Raub & Bentong), Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Sabah:Sandakan (Telupid, Beluran & Sandakan) dan Kudat.
Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!