Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
KOTA BHARU - Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati Sungai Golok di Rantau Panjang juga meningkat kepada 8.41 meter berbanding 8.27 meter pagi tadi iaitu melepasi paras amaran lapan meter.
Selain itu, paras air di Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja berada pada paras normal.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi meramalkan Monsun Timur Laut yang telah bermula dari 5 November lepas hingga Mac 2025 dengan jangkaan lima hingga tujuh episod hujan lebat berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!