Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
SEOUL - Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengenai ada cubaan untuk mengagalkan pelaburan masuk ke negeri jelapang padi itu.
“Walaupun dia kata begitu, saya masih sokong Hyundai untuk labur (di Kedah). Mereka ada pilihan beberapa tempat, tetapi kerana beberapa infrastruktur telah disediakan.
“Dia juga akan eksport melalui pelabuhan dan lapangan terbang Pulau Pinang. Maka kita cadang (mereka bawa pelaburan) di Kulim, dan mereka setuju. Saya pun ejen Kedah juga,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media tertutup bersama wakil media Malaysia di sini hari ini. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!