MU buat silap besar lantik Solskjaer

Solskjaer dikatakan tidak layak mengurus The Red Devils.
Solskjaer dikatakan tidak layak mengurus The Red Devils.
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak seharusnya dilantik mengendalikan The Red Devils dan diberikan kebebasan menggunakan dana pasukan untuk membeli pemain pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Pengerusi Crystal Palace, Simon Jordan berkata, United melakukan kesilapan besar melantik Solksjaer dengan hanya menilai beberapa perlawanan yang dikendalikan pengurus berusia 46 tahun itu.

Menurutnya, keputusan Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward memberikan kontrak tiga tahun kepada Solskjaer semasa dilantik pada Mac tahun lalu juga dilihat tindakan yang tidak berbaloi buat The Red Devils.

"Ed Woodward mengeluarkan kenyataan akan berbelanja besar pada jendela perpindahan musim panas ini. Tetapi, saya tidak rasa pengurus seperti Solskjaer benar-benar layak menguruskan pasukan itu.

"Jika saya menjadi pemilik kelab, saya tidak akan memberikan dana dan tidak mempercayai pemain yang bakal dibeli Solskajer," katanya.

Solskjare berjaya memperbaiki kedudukan United dalam saingan liga selepas dilantik sebagai pengendali sementara pada Disember 2018 menggantikan Jose Mourinho, namun persembahan The Red Devils kembali merudum selepas dia dilantik sebagai pengendali tetap pasukan pada Mac 2019.

Jordan turut menyifatkan Solskjaer tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk membimbing sebuah kelab besar seperti United.

"Saya rasa melantik Solskjaer adalah satu keputusan yang sangat tidak tepat berdasarkan hanya beberapa perlawanan yang menunjukkan keputusan positif.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang, United kena terima apa sahaja keputusan yang mereka buat. Ini kesilapan besar yang dibuat sebuah pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris," katanya.

United kini berada di kedudukan kelapan liga dengan 35 mata selepas 25 perlawanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!