Pelajar tahfiz lemas tergelincir dalam tali air

Seorang pelajar tahfiz ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air semasa mandi bersama dua lagi rakannya di Kampung Padang Lati, Bachok, pada Selasa. Gambar hiasan
Seorang pelajar tahfiz ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air semasa mandi bersama dua lagi rakannya di Kampung Padang Lati, Bachok, pada Selasa. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pelajar tahfiz ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air semasa mandi bersama dua lagi rakannya di Kampung Padang Lati, Bachok, pada Selasa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok Lokman Yusoh berkata, Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.

Beliau berkata, lapan anggota BBP Bachok serta enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 3.37 petang.

"Mangsa kemudian ditemukan pada 4.13 petang. Mayat remaja itu diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!