Tun M lancar Dekad Membaca Kebangsaan

Dr Mahathir ketika bergambar kenangan pada majlis pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan di Universiti Kebangsan Malaysia hari ini. Turut bersama Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas. - BERNAMA

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pemangku Menteri Pendidikan hari ini melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) yang merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha meningkatkan keberhasilan pembacaan rakyat di negara ini.

Menurut buku atur cara pelancaran DMK, melalui inisiatif itu, kerajaan akan memantapkan persekitaran asas galakan membaca dan ketersediaan mental rakyat secara agresif, kreatif dan inklusif selaras hasrat menjadikan Malaysia negara membaca dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Melalui slogan #MalaysiaMembaca, DMK anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia itu memberi fokus untuk meningkatkan jumlah pembacaan, jumlah pembaca dan sasaran pembaca yang lebih menyeluruh serta melalui penglibatan semua peringkat masyarakat.

Ini memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan untuk menjadikan amalan membaca satu budaya untuk membentuk satu masyarakat yang berpengetahuan, berilmu dan bermaklumat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!