Hampir 10 kampung di Kuala Krai mula dinaiki air - Bomba

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memantau keadaan banjir di Kampung Tanjung Kala. Foto APM Kuala Krai
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memantau keadaan banjir di Kampung Tanjung Kala. Foto APM Kuala Krai
A
A
A

KUALA KRAI - Hampir 10 kampung yang berada di kawasan rendah seperti di Kuala Nal, Kuala Pertang dan Chenulang di sini mula dinaiki air pada 2 petang tadi berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, trend paras air di beberapa kawasan sekitar juga menunjukan peningkatan.

"Setakat 6 petang tadi belum ada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan kita harap penduduk sentiasa waspada serta berhati-hati dengan sebarang kemungkinan banjir berlaku di kawasan mereka.

Keadaan banjir di Masjid Kampung Chenulang pada Selasa. Foto APM Kuala Krai
Keadaan banjir di Masjid Kampung Chenulang pada Selasa. Foto APM Kuala Krai

"Pihak kami sentiasa bersiap sedia untuk menyelamatkan mangsa yang memerlukan bantuan untuk berpindah ke PPS dan pastikan segala dokumen seperti kad pengenalan diri dibawa bersama bagi mengelakkan sebarang kesulitan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Sementara itu, Azila Abdul Aziz, 38, dari Kampung Sungai Embak di sini berkata, hampir setiap tahun rumahnya dinaiki air dan terputus hubungan dengan jalan raya utama akibat banjir.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memantau keadaan banjir di Kampung Bedal pada Selasa. Foto APM Kuala Krai
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memantau keadaan banjir di Kampung Bedal pada Selasa. Foto APM Kuala Krai

"Rumah saya terletak di kawasan rendah dan sering dilanda banjir hingga membuatkan saya sekeluarga terperangkap. Mujur kali ini saya sudah sediakan bekalan makanan yang mencukupi untuk keluarga," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, tinjauan Bernama juga mendapati beberapa penduduk kampung mula mengalihkan kenderaan seperti kereta dan motosikal di tempat yang lebih tinggi dan selamat selepas rumah mereka dinaiki air. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!