Sinar Harian dominasi Anugerah Media Pembinaan CIDB 2024

Zamri (tiga dari kanan) bersama wartawan Sinar Harian yang memenangi Anugerah Media Pembinaan CIDB 2024. Foto Sinar Harian - HALIM WAHID
Zamri (tiga dari kanan) bersama wartawan Sinar Harian yang memenangi Anugerah Media Pembinaan CIDB 2024. Foto Sinar Harian - HALIM WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sinar Harian mendominasi Anugerah Media Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2024 di sini, malam ini.

Wartawan Sinar Harian, Nor Syamira Liana Nor Ashaha memenangi tempat pertama bagi kategori Media Cetak dan Portal Berita (Laporan Khas Berita) menerusi laporan bertajuk 'Tangki Air Bangkai', sekali gus membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi.

Laporan Khas bertajuk Tangki Air Bangkai oleh Nor Syamira Liana mendapat tempat pertama Anugerah Media Pembinaan CIDB bagi kategori Media Cetak dan Portal Berita (Laporan Khas Berita). Foto Sinar Harian - HALIM WAHID

Sementara itu, laporan khas bersiri 'Pegawai Keselamatan Pelindung Nyawa' oleh Farah Shazwani Ali dan Roskhoirah Yahya meraih tempat ketiga kategori sama dengan membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta trofi.

Laporan khas 'Rumah Tak Siap, Kontraktor Lesap' oleh Diana Azis, Siti Aisyah Mohamad, Mukhriz Mat Husin, Siti Noor Faezah Muda dan Farhana Abd Kadir pula memperoleh saguhati dengan hadiah bernilai RM1,000.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Farah Shazwani dan Roskhoirah meraih tempat ketiga menerusi laporan khas bersiri 'Pegawai Keselamatan Pelindung Nyawa'. Foto Sinar Harian - HALIM WAHID
Farah Shazwani dan Roskhoirah meraih tempat ketiga menerusi laporan khas bersiri 'Pegawai Keselamatan Pelindung Nyawa'. Foto Sinar Harian - HALIM WAHID

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli menzahirkan penghargaan kepada semua kumpulan editor dan wartawan yang berjaya menghasilkan karya terbaik untuk akhbar itu.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah, tiga kemenangan wartawan Sinar Harian malam ini hasil kerjasama dan kerja kuat kumpulan editor serta wartawan.

"Semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat kepada editor dan wartawan untuk terus menghasilkan karya-karya lebih baik bagi tahun seterusnya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Malam Penghargaan Media Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Anugerah Media Pembinaan CIDB 2024 di sini, pada Selasa.

Gandingan wartawan Diana Azis, Siti Aisyah Mohamad, Mukhriz Mat Husin, Siti Noor Faezah Muda dan Farhana Abd Kadir meraih hadiah saguhati menerusi laporan bertajuk 'Rumah Tak Siap, Kontraktor Lesap'. Foto Sinar Harian - HALIM WAHID

Menurut beliau, kemenangan diraih wartawan akhbar itu merupakan penyertaan pertama Sinar Harian menerusi Anugerah Pembinaan CIDB.

Anugerah kali ketujuh dianjurkan KKR bersama CIDB itu bagi meraikan kecemerlangan wartawan serta jurugambar yang telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran mengenai inisiatif kerajaan melalui industri pembinaan.

Dalam pada itu, Nor Syamira Liana ketika ditemui berkata, kemenangan diraihnya merupakan pencapaian bermakna dalam kerjayanya sebagai wartawan.

"Sejujurnya saya tidak menyangka laporan khas itu diangkat sebagai pemenang utama.

"Segala usaha, penat lelah serta risiko yang ditempuhi akhirnya membuahkan hasil dan semua ini tidak mampu diraih jika tiada bantuan daripada rakan wartawan di Sinar Harian," katanya.

Laporan khas 'Tangki Air Bangkai' yang disiarkan Sinar Harian pada 17 Mei lalu mengisahkan tangki air di perumahan yang tidak diselenggara hingga menjadi sarang lumpur dan bangkai binatang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!