Selamatkan PKS daripada dominasi warga asing

Warga asing terus merebut peluang, berniaga dari bawah hingga melonjak tanpa sebarang bantuan kewangan atau inisiatif kerajaan.
Warga asing terus merebut peluang, berniaga dari bawah hingga melonjak tanpa sebarang bantuan kewangan atau inisiatif kerajaan.
A
A
A

MENYELUSURI beberapa lokasi sekitar bandar ini memperlihatkan perkembangan pesat semakin rancak, pelbagai pembangunan terus menjadi saksi kepada kemodenan Malaysia.

Namun keindahan sedikit sebanyak dinodai dan cacat apabila perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus didominasi warga pendatang tanpa segan dan silu lagi di negara ini.

Bukan lagi tersembunyi, sebaliknya megah berdiri di tepi-tepi jalan raya, malahan ada juga memiliki perniagaan sendiri seperti kedai runcit dan premis makanan di serata tempat.

Apabila kerajaan terus menggalakkan warga tempatan menceburi perniagaan dengan pelbagai galakan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, Majlis Amanah Rakyat atau pinjaman perbankan tersedia, malangnya ia dipandang enteng sahaja rakyat kita.

Malangnya, kelompok pendatang ini terus merebut peluang, berniaga dari bawah hingga melonjak tanpa sebarang bantuan kewangan atau inisiatif kerajaan.

Situasi ini amat berbahaya kepada kita sekiranya tidak dikawal sepenuhnya kerana mereka ini terlalu bebas berniaga dan pasti ia boleh memudaratkan, lebih lagi berpotensi membunuh perniagaan tempatan.

Tempoh masa perniagaan mereka selalunya melebihi apa yang ditawarkan oleh peniaga kita, kita tutup operasi jam 10 malam, premis warga asing berlarutan sehingga jam 12 tengah malam.

Malahan harga jualannya juga adakala jauh lebih rendah dan murah, mungkin kita menjual pada harga RM1 dan mereka menjualnya lebih murah.

Artikel Berkaitan:

Turut menjadi persoalan adakah warga asing ini mempunyai lesen perniagaan melibatkan pihak berkuasa tempatan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia?

Perlu diambil perhatian juga jika mereka mengendalikan perniagaan berasaskan makanan. Bagaimana dengan aspek kebersihan dan kesihatan diamalkan peniaga warga asing?

Dalam masa sama, kita perlu sedar sejauh mana mereka mengamalkan garis panduan kesihatan dan pengendalian makanan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia?

Perkara ini terus menjadi persoalan, kenapa tidak ada penguatkuasaan berkala atau berpusat bagi membendung masalah yang telah berlarutan sekian lamanya.

Ini bukan lagi masa menuding jari menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya adalah mencari satu solusi yang menyelamatkan kita daripada kebanjiran perniagaan kumpulan pendatang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!