Individu pertikai tindakan DBKL punyai mentaliti 'pendatang'

KOK SEONG
KOK SEONG
A
A
A

SHAH ALAM - Kesetiaan dan nilai jati diri rakyat Malaysia boleh dipersoalkan jika individu tersebut mempertikaikan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menguatkuasakan pematuhan lesen premis perniagaan dan papan tanda dwibahasa di pusat beli-belah.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, masih ada pemikiran yang jelas menunjukkan sifat kurang berpengetahuan mengenai keberadaan dan undang-undang di Malaysia.

“Apabila kita tengok daripada hujah diberikan, memang tidak masuk akal. Setelah sekian lama Malaysia terbentuk, ramai yang masih tidak faham tentang keberadaan negara termasuklah fungsi dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa negara.

“Bukan tidak boleh wujudkan bahasa lain tetapi ada syaratnya. Mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982, hanya bahasa Melayu sahaja boleh wujud bersendirian, yang lain boleh tetapi mesti ada maklumat dalam bahasa Melayu.

“Jadi, saya kira sudah tiba masanya mereka insaf dan melakukan perkara yang betul. Itu sebabnya saya kata, kerakyatan golongan ini perlu dipersoalkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Kok Seong berkata, golongan yang mempertikaikan isu tersebut masih mempunyai mentaliti ‘pendatang’.

“Kenapa saya cakap macam itu? Kerana sebagai rakyat Malaysia kita kena faham adanya dasar bahasa dan bahasa utama ialah bahasa Melayu, kedua bahasa Inggeris, kemudian barulah bahasa yang lain.

“Mereka kena patuh kepada resam di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Ia bukan berkenaan 3R (kaum, agama, raja-raja),” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!