Doktor di Wuhan terpaksa pakai lampin, kurang ke tandas

Ada dalam kalangan doktor kini bertindak memakai lampin dan mengurangkan minum air hanya mahu terus menggunakan peralatan topeng muka dan pakaian keselamatan tanpa henti. FOTO: AFP
Ada dalam kalangan doktor kini bertindak memakai lampin dan mengurangkan minum air hanya mahu terus menggunakan peralatan topeng muka dan pakaian keselamatan tanpa henti. FOTO: AFP
A
A
A

BEIJING - Doktor dan jururawat yang bertugas hospital di Wuhan menghadapi kemungkinan jatuh sakit hingga mengancam nyawa sendiri demi menjalankan tugas akibat kekurangan topeng muka dan pakaian keselamatan bagi merawat pesakit koronavirus (Covid-19).

Ada dalam kalangan doktor juga kini bertindak memakai lampin dan mengurangkan minum air hanya mahu terus menggunakan peralatan topeng muka dan pakaian keselamatan tanpa henti.

Lazimnya, setiap kali ke tandas, peralatan keselamatan yang dipakai perlu dibuang dan diganti baharu, namun kekurangan peralatan menyebabkan tiada pakaian baharu yang mampu diguna sebagai ganti setelah dibuang.

Dalam pada itu, AFP melaporkan telah menerima maklumat daripada seorang doktor yang bertugas di sebuah klinik di Wuhan tentang keadaan di hospital yang dihadapi setiap hari di sana.

Menurut seorang doktor yang tidak mahu dikenali berkata, seramai 16 rakannya menunjukkan simptom jangkitan Covid-19 iaitu batuk dan jangkitan paru paru.

“Sebagai doktor, kami tidak mahu menjadi sumber jangkitan namun apakan daya, semua anggota sudah dikerahkan dan tiada siapa yang mampu jadi pengganti.

"Apa akan terjadi jika tiada barisan doktor dan jururawat untuk bertugas di barisan hadapan? Sekarang ini doktor yang tidak menunjukkan sebarang tanda demam atau tidak sihat dikira mampu untuk bertugas," katanya.

Petugas perubatan kini mula risau berikutan kematian Dr Li Wenliang yang merupakan doktor pertama cuba memberi amaran tentang kemunculan penyakit yang mempunyai kesamaan dengan sistem sindrom pernafasan akut teruk (SARS) pada awal penularan.

Artikel Berkaitan:

Kematiannya disambut dengan gesaan melalui surat terbuka daripada 10 orang ahli akademik mendesak perubahan politik dan kebebasan bersuara.

Sementara itu, seorang jurucakap dari Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, Jiao Yahui telah mengarahkan semua petugas kesihatan memakai lampin di samping mengurangkan minum dan pada masa yang sama, kurangkan kekerapan ke tandas.

"Saya mengakui perkara ini tidak sepatutnya berlaku tetapi apakan daya, situasi kekurangan peralatan tidak dapat dielakkan buat masa ini.

"Ini bermakna petugas akan menyarungkan pakaian yang sama selama enam hingga sembilan jam bertugas walhal mereka sepatutnya menggantinya setelah dipakai untuk jangka masa empat jam jika bertugas di ruang kuarantin," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN 500 kakitangan hospital di Wuhan dijangkiti Covid-19

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!